PERHATIAN

Ibu Hamil dilarang sama sekali bersauna dan pengidap penyakit kronik seperti sakit jantung, hati, darah tinggi dan kencing manis, sila dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sauna dirumah!

Isnin, 18 April 2011

KEBAIKAN MANDI WAP (SAUNA)

Berikut merupakan ciri-ciri am yang terdapat pada kesemua jenis produk sauna daripada rangkaian Sauna D'Home:-


1.Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
2.Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.
3.Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury.
4.Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll.
5.Meningkatkan sistem kardiovascular.
6.Menghilangkan tekanan dan perehatan otot.
7.Melancarkan peredaran darah.
8.Meningkatkan sistem immunisasi badan.
9.Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki.


Sila perhatikan manafaat bermandi wap ( bersauna) dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain:-
1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori


Fikirkan kualiti keselamatan? Jangan risau, sauna kami telah mendapat kelulusan C.E. approval dari luar negara dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
Ciri-ciri kualiti kain khemah sauna:-
Diperbuat dari kain berkualiti tinggi
Ada 3 lapisan
Lapisan 1: Kain nylon (bahagian luar)
Lapisan 2: Fiber tahan panas (bahagian tengah)
Lapisan 3: PVC kalis air (bahagian dalam)


Sejarah Mandi Wap
Asal usul mandi wap boleh di imbau kembali semenjak beberapa ribu tahun dahulu. Di zaman Empayar Greek, mandi wap sudah lama diamalkan olah masyarakant Rom dan ianya dikenali sebagai “Sudatorium”. Di zaman masyarakat empayar Turki (Persia), tempat mandi wap awam dikenali sebagi “Hamam”, manakala di Rusia, ianya dikenali sebagai “Banja”. Dalam erti kata lain, mandi wap sudah manjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat lampau untuk menjaga kesihatan & kecergasan. Ia merupakan amalan nenek moyang kita sebelum masyarakat kita diperkenalkan dengan perubatan moden.

Mandi wap tradisional melayu
Pada masa dahulu, malah masih di amalkan di setengah tempat, amalan mandi wap dilakukan dengan merebus daun-daun herba dalam periuk. Pesakit diletak dekat dengan periuk tadi dan diselungkupkan dengan tikar atau selimut sehingga air dalam periuk tadi kering dan tidak berwap. Pesakit akan berpeluh dan bagi mereka yang menghidapi demam, biasanya demamnya akan sembuh. Bahan-bahan herba yang digunakan terdiri dari rempah, akar-akar kayu dan lain-lain lagi. Keberkesanannya telah terbukti sejak turun temurun di mana herba-herba ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kini, sistem merebus dan penyaluran wap herba ini telah dipermodenkan dan suasana perkidmatan telah diubahsuai agar pelanggan dapat menikmati mandi wap herba dalam suasana yang lebih nyaman dan selesa.

Kesan Mandi Wap Herba
Kesan panas dari wap memberi kesan positif kepada system “kadiovaskular”. Semasa mandi wap, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Ini akan meningkatkan perjalanan darah (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air menyebankan slauran darah yang halus di bawah kulit mengembang untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan. Prosess ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.
Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).

Kulit
Kulit kita amat penting, ia melindungi kita daripada penyakit dan jangkitan. Jadi kita perlu menitik beratkan penjagaan kulit kita. Dengan bersauna ,ia boleh membersihkan kulit kita. Haba yang panas akan membuka liang roma kita dan membersihkan kulit kita dari sebarang minyak dan kotoran, membuatkan kulit kita bersih dan segar.

Rabu, 6 April 2011

SAUNA AMBER






Sekiranya anda tercari-cari set sauna pada harga bajet, set Sauna Amber ini adalah pilihan terbaik untuk anda. Dengan 2 pilihan warna iaitu biru dan pink, set sauna ini sempurna untuk anda membantu mendapatkan faedah mandian wap sauna dengan herba.

Ciri-Ciri Set Sauna Amber:
1-Mempunyai rangka sama seperti Sauna Diamon
2-Material khemah tebal dengan 3 lapisan: pvc, fiber dan nylon
3-Tidak mempunyai remote control

Harga: RM370 (Percuma Pengurut Kaki dan Herba Aura Sauna 1 Pek)

Kos Gdex:
Semenanjung: RM10
Sabah/ Sarawak: RM50

HERBA AURA SAUNA



Fungsi:
1. Melegakan otot-otot dan menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas
2. Melancarkan peredaran darah, melancarkan pernafasan, membuang kolestrol dan menyegarkan badan
3. Membuka liang roma dan menyingkirkan kotoran serta toksin daripada kulit dan menjadikan kulit lebih      halus, lembut dan bersih
4. Menyegarkan rambut dan menghilangkan kelemumur
5. Membakar lemak berlebihan
6. Meningkatkan rangsangan seksual
7. Sangat baik bagi wanita dalam pantang

Herba Sauna Aura diproses dengan kaedah moden yang mengekalkan fungsi,bau dan khasiat herbanya. Ia dicipta sepenuhnya oleh saudara keluarga saya sendiri di Jeli, Kelantan.
Antara bahan-bahan yang terkandung ialah:-
Serai wangi, Chapa, Nilam, Balik angin, Selaput tunggul, Cina maki, Pandan, Gelember lembu, Lengkuas, Beka, Kunyit, Kemuning hitam, Limau purut, Jintan hitam, Semeru, Pokok letup-letup, Daun pinang, Misai kucing, Jeringau, Manggis, Lempoyang/ bola, Mengkunyit hidup, Putat, Serai, Resam, Daun kadok, Tutup bumi, Cemamak, Pokok kapal terbang, Ngapir, Setanduk, Kemudu, Jambu batu, Dada kura, Terajam, Manjakani, Petai, Meringan dan Mengkula.


Kandungan & Cara Guna:
Setiap pek mengandungi lima uncang herba. Seuncang boleh diulang guna sebanyak 3 kali.
Masukkan herba ke dalam periuk sauna dan panaskan. Setelah selesai bersauna, herba hendaklah dimasukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan dan boleh diulang guna semula sebanyak tiga kali.

Harga:
1 Pek = RM20
2 pek = RM30
4 pek = RM50

Kos GDEX Express:
Semenanjung Malaysia = RM10
Ke Sabah/ Sarawak = RM15

Selasa, 5 April 2011

SAUNA PANTS





DI PASARAN KINI, SEMAKIN BANYAK SAUNA PANT DIJUAL PADA HARGA YANG SANGAT MURAH. HARGA YANG SAUNA D'HOME TAWARKAN UNTUK SEUNIT SAUNA PANT ADALAH RM150. MEMANG NAMPAK MAHAL, TAPI ADA SEBABNYA. PRODUK SAUNA PANT SAUNA D'HOME ADALAH BERKUALITI, SUHU SAUNA TERAPINYA PANAS DAN MEMPUNYAI JAMINAN SATU TAHUN.


Kebaikan Sauna Pant:
Kecantikan
  • Mencantikkan kulit
  • Mengempiskan perut yang  buncit
  • Dapat menjadikan tubuh lebih kemas dan membentuk semula pinggul secara semulajadi


Selepas Bersalin
  • Mengecutkan perut, rahim dan paha
  • Menyembuhkan luka-luka dalaman serta menjadikan ibu lebih cergas dan bertenaga

Pelangsingan Badan
  • Membakar lemak sehingga 600 kalori
  • Mencairkan selulit dari luar sama seperti berjoging sejauh 5 kilometer
  • Berkesan untuk menguruskan badan
  • Bertungku secara moden (elektronik)
Kesihatan
  • Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi dan sengal-sengal tulang
  • Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
  • Meningkatkan sistem kardiovaskular dan imunisasi badan
  • Menghilangkan toksin dalam badan seperti aluminium, cadmium, mercury dan lead
  • Meningkatkan tahap metabolisme dan melancarkan pengaliran darah
  • Memecahkan lemak yang berlebihan, mengurangkan penyakit jantung, strok dan darah tinggi serta anti penuaan




SAUNA VIBRO PANTS

Model Terbaru
2 Mode getaran
Lebih Tahap Kepanasan


Stok Terhad



Produk inovatif terbaru Sauna pants yang mempunyai dwi fungsi; terapi panas sauna dan getaran. Ianya sangat berkesan dalam mempercepatkan proses memecahkan lemak dan menghancurkan selulit yang terdapat pada tiga bahagian meliputi perut, peha dan pinggul. Rekaan yang sama seperti Sauna Pants tetapi ditambahbaik dengan kelebihan getaran yang mampu merangsang pengaliran darah di dalam tubuh, memecahkan lemak degil dan selulit di tiga bahagian tersebut.

Terdapat 5 mode getaran yang boleh dikawal mengikut keselesaan dan satu mode statik terapi panas sauna yang selesa dan mampu menyebabkan kita berpeluh ketika menggunakannya.

Sesuai digunakan oleh semua peringkat usia untuk mendapatkan faedah dan kebaikan bersauna - membuang kolestrol, mencantikkan kulit, merapatkan rahim, bertindak sebagai tungku moden bagi wanita di dalam pantang, merangsang pengaliran perjalanan darah yang baik, melegakan sengal-sengal dan kesakitan di bahagian belakang dan kaki, membentuk pinggul dan membantu masalah perlawasan.

Sauna Vibro Pants adalah produk terhebat sauna kerana menggabungkan ciri-ciri getaran yang menjadi nilai tambah dan keistimewaan kepada produk sauna ini dan selamat digunakan.

Kaedah penggunaan:
Sama seperti sauna pants tetapi disyorkan digunakan sebelum tidur semasa kita berbaring. Masa bersauna 30 minit dan auto-off setelah 30 minit. Seeloknya digunakan setiap hari dalam keadaan berbaring atau berdiri.

Jaminan selama 1 tahun.


*

- Sauna Vibro Pant model baru kini ditambahbaik ciri-ciri sauna terapinya dimana mode kepanasan sauna terapinya adalah lebih kuat berbanding dengan model lama.

- mode getaran bagi model baru adalah 2 mode sahaja, berbeza dengan mode getaran bagi model lama yang mempunyai 5 mode.

- Penambahbaikan dari segi model ini dilakukan demi memenuhi permintaan kebanyakan pelanggan yang mahukan peningkatan pada suhu kepanasan sauna ini. 


Harga: RM250  
Kos GDEX Express:
Semenanjung Malaysia: -
Sabah/ Sarawak: RM15

SAUNA DIAMON








Ciri- Ciri Sauna Diamon:

  • Terdapat empat warna menawan, iaitu silver, biru, merah dan pink.
  • Mempunyai rangka yang perlu dipasang. Amat mudah untuk dipasang kerana tidak mempunyai skru.
  • Tidak boleh dilipat.
  • Kelihatan cukup eksklusif, dengan kawalan remote control, kain tahan panas dengan 3 lapisan dan mendapat jaminan 1 tahun.
  • Mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia
  • Mendapat khasiat yang terbaik hasil amalan bersauna secara konsisten spt badan menjadi lebih langsing, kulit lebih cantik, menyahkan toksin didalam badan, membuang kolestrol dan lain-lain.
Komponen Sauna Diamon:
  1.  Bathtub
  2. Steamer Pot dan Remote Control
  3. Steamer Hose
  4. Batang PVC

Harga: RM390.00 (N/P: RM560.00) 
Percuma: 

  1. FREE PENUTUP KEPALA
  2. PENGURUT KAKI
  3. HERBA AURA SAUNA 5 UNCANG UTK 15 KALI SAUNA ~ Herba 1 Pek (5 Uncang)
  4. Pengurut Kaki

kos pos hanya rm10 ke seluruh m'sia
Kos Penghantaran Gdex Express:
Semenanjung Malaysia: RM10
Sabah/Sarawak: RM50

SAUNA RUBY



Keistimewaan sauna ini adalah:

1. Paling mudah dipasang dan disimpan


Sedia dipasang dan disimpan tidak sampai 1 minit!

2. Menggunakan kualiti kain yang bermutu tinggi, kalis air dan tahan lama.
3. Harga yang berpatutan.
4. Mendapat kelulusan C.E. dari luar negara dan Suruhanjaya Tenaga dari Malaysia. Selamat digunakan.
5. Satu-satunya sauna yang boleh digunakan oleh pesakit yang berkerusi roda atau pesakit gout untuk menggunakan sauna ini. Mesra OKU.
6. Sangat berkesan dan terbukti dalam menurunkan berat badan dan mengekalkan kesihatan. Anda bebas bersauna walau hanya dengan berada di rumah.
7. Sangat ringan.
8. Jaminan selama 1 tahun.
9. Terdapat dalam tiga warna menawan: merah, pink dan silver.

Set Sauna Ruby ini dilengkapi dengan Steamer dan alat kawalan jauh berautomatik.

Percuma:
  1. FREE KERUSI LIPAT
  2. PENGURUT KAKI
  3. HERBA AURA SAUNA 5 UNCANG UTK 15 KALI SAUNA
  4. KOS POS KE SELURUH MALAYSIA


Harga:
RM440




SAUNA INFRARED




Set Sauna Jade FIR:
1. Sauna Tent
2. Remote Control
3. panel Pemanas Far Infrared
4. 2 Kayu Penegak Sauna Tent
5. Kerusi Lipat
6. Pengurut Kaki

KEISTIMEWAAN SAUNA JED FIR:
~Mudah dilipat dan dipasang serta boleh dibawa ke mana-mana
~Boleh dikawal masa antara 5-30 minit...Mengikut kemampuan anda
~Kain tebal dan kalis air
~Terdapat dalam tiga pilihan warna iaitu putih, pink dan biru.
~Paling terkini di pasaran!
~Jaminan produk selama 1 tahun.
~Terdapat dalam tiga warna menawan: pinksilver dan biru.
JADE FIR SAUNA diperbuat daripada 3 lapisan kain, di mana mengandungi pemanas infra merah. Jika di persekitaran yang sememangnya panas, sauna infra merah selalunya dibuat di kawasan terbuka dan masih memanaskan penggunanya dengan cara yang serupa, memandangkan pemanas tersebut tidak bergantung kepada cuaca yang panas, tetapi kepada cuaca yang ‘suam’ di mana pengguna pasti akan mengeluarkan peluh. Kebiasaannya, sauna ini akan ditempatkan di dalam ruang, yang membenarkan udara mengeluarkan haba dan memberikan kesan sauna tradisional. Di dalam perkataan lain, JADE FIR SAUNA menghasilkan suasana bersauna manakala pengeluar haba (heater) tersebut memberikan terapi infra merah yang sebenar.
Di dalam sauna infra merah, pengeluar haba infra merah tersebut akan mengeluarkan sinaran tenaga, yang menyerupai sinaran matahari tetapi tanpa sinaran sinar ungu yang berbahaya. Hampir semua pengeluar haba (heaters) dibuat mengikut teknologi yang dihasilkan pada tahun 1965 oleh Dr. Tadashi Ishikawa, ahli Jabatan Penyelidikan & Pembangunan Fuji Medical.

Apakah itu Infra Merah?

Sinaran Infra Merah ialah sinaran elektromagnetik dari gelombang (wavelength) yang lebih panjang dari sinaran cahaya, tetapi pendek sedikit berbanding sinaran gelombang radio. Sinaran infra merah ini akan menembusi badan, seterusnya memanaskan badan dan mengeluarkan haba melalui proses “penukaran”,
dan bukannya memanaskan udara di sekitar manusia.



Adakah selamat?
Ya, Produk JADE FIR SAUNA adalah selamat!

Produk sauna kami menggunakan haba panas yang selamat dan efektif, sama seperti sinaran panas haba matahari yang menyamankan. Sinaran panas haba adalah lebih berkesan kerana ia memanaskan tubuh badan manusia, dan bukannya udara sekitar manusia. Ini membolehkan badan manusia menyerap sehingga 93% sinaran haba panas yang disalurkan dari sauna infra merah kami.

Gelombang sinaran infra merah tersebut akan memasuki ke dalam tisu badan sehingga 45mm ke dalam. Tenaga haba yang terhasil (dari infra merah) tersebut selaras dengan sinaran tenaga haba yang dikeluarkan oleh tubuh badan manusia itu sendiri. Banyak faedah dari segi kesihatan jika manusia sering menggunakan sauna untuk menyihatkan tubuh badan mereka.

Produk sauna kami adalah sangat berkualiti dan harganya juga amat berpatutan jika dibandingkan dengan produk sauna lain di luar sana yang belum tentu terjamin keberkesanannya.

Far infrared radiation (FIR) atau Sinaran Infra Merah Jauh telah diklasifikasikan sebagai tidak berbahaya kepada manusia. Malahan, sinaran haba infra merah sering digunakan untuk memanaskan bayi yang lahir secara pra-matang di dalam inkubator hospital. Tetapi kepada mereka yang berpenyakit dan di dalam keadaan yang tidak mengizinkan tidak dibenarkan menggunakan sauna atau jika perlu menggunakannya, haruslah menggunakannya dengan amat berhati-hati kerana tidak mahu sebarang kecederaan menimpa mereka.








Nota: Klik imej untuk zoom gambar






















HARGA: RM660.00 (N/P: 740.00)
PERCUMA:
Kerusi Lipat
Pengurut Kaki
Herba Aura Sauna

Kos Gdex Express:
Semenanjung Malaysia: -
Sabah/ Sarawak: RM70.00

SAUNA OPAL




Siapa Yang Patut Menggunakan Set Sauna Opal?
  • Orang yang mempunyai masalah kulit muka berminyak dan kasar
  • Orang yang mempunyai masalah rambut gugur dan berkelumumur
  • Orang yang mempunyai masalah migraine

Apa Kebaikan Penutup Kepala?
  • Kajian mendapati sauna mandi wap sangat baik terhadap sel-sel kulit termasuk juga di bahagian muka.
  • Bertindak sebagai 'facial sauna' atau sauna yang dikhaskan utk bahagian muka
`
Ciri & Keistimewaan Set Sauna Opal:
  1. Mempunyai penutup kepala yang berfungsi untuk merawat masalah migrain, kelemumur dan menghaluskan kulit wajah
  2.  Mempunyai tiga lapis kain iaitu PVC, fiber dan nylon
  3. Hanya seminit untuk dipasang dan disimpan
  4. Fleksibel dan boleh dibawa ke mana saja.
  5. Jaminan selama 1 tahun.
  6. Terdapat dalam dua warna menawan: silver dan biru.
RM600

Pesanan

Get widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...