PERHATIAN

Ibu Hamil dilarang sama sekali bersauna dan pengidap penyakit kronik seperti sakit jantung, hati, darah tinggi dan kencing manis, sila dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sauna dirumah!

Isnin, 18 April 2011

KEBAIKAN MANDI WAP (SAUNA)

Berikut merupakan ciri-ciri am yang terdapat pada kesemua jenis produk sauna daripada rangkaian Sauna D'Home:-


1.Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
2.Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.
3.Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury.
4.Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll.
5.Meningkatkan sistem kardiovascular.
6.Menghilangkan tekanan dan perehatan otot.
7.Melancarkan peredaran darah.
8.Meningkatkan sistem immunisasi badan.
9.Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki.


Sila perhatikan manafaat bermandi wap ( bersauna) dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain:-
1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori


Fikirkan kualiti keselamatan? Jangan risau, sauna kami telah mendapat kelulusan C.E. approval dari luar negara dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
Ciri-ciri kualiti kain khemah sauna:-
Diperbuat dari kain berkualiti tinggi
Ada 3 lapisan
Lapisan 1: Kain nylon (bahagian luar)
Lapisan 2: Fiber tahan panas (bahagian tengah)
Lapisan 3: PVC kalis air (bahagian dalam)


Sejarah Mandi Wap
Asal usul mandi wap boleh di imbau kembali semenjak beberapa ribu tahun dahulu. Di zaman Empayar Greek, mandi wap sudah lama diamalkan olah masyarakant Rom dan ianya dikenali sebagai “Sudatorium”. Di zaman masyarakat empayar Turki (Persia), tempat mandi wap awam dikenali sebagi “Hamam”, manakala di Rusia, ianya dikenali sebagai “Banja”. Dalam erti kata lain, mandi wap sudah manjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat lampau untuk menjaga kesihatan & kecergasan. Ia merupakan amalan nenek moyang kita sebelum masyarakat kita diperkenalkan dengan perubatan moden.

Mandi wap tradisional melayu
Pada masa dahulu, malah masih di amalkan di setengah tempat, amalan mandi wap dilakukan dengan merebus daun-daun herba dalam periuk. Pesakit diletak dekat dengan periuk tadi dan diselungkupkan dengan tikar atau selimut sehingga air dalam periuk tadi kering dan tidak berwap. Pesakit akan berpeluh dan bagi mereka yang menghidapi demam, biasanya demamnya akan sembuh. Bahan-bahan herba yang digunakan terdiri dari rempah, akar-akar kayu dan lain-lain lagi. Keberkesanannya telah terbukti sejak turun temurun di mana herba-herba ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kini, sistem merebus dan penyaluran wap herba ini telah dipermodenkan dan suasana perkidmatan telah diubahsuai agar pelanggan dapat menikmati mandi wap herba dalam suasana yang lebih nyaman dan selesa.

Kesan Mandi Wap Herba
Kesan panas dari wap memberi kesan positif kepada system “kadiovaskular”. Semasa mandi wap, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Ini akan meningkatkan perjalanan darah (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air menyebankan slauran darah yang halus di bawah kulit mengembang untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan. Prosess ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.
Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).

Kulit
Kulit kita amat penting, ia melindungi kita daripada penyakit dan jangkitan. Jadi kita perlu menitik beratkan penjagaan kulit kita. Dengan bersauna ,ia boleh membersihkan kulit kita. Haba yang panas akan membuka liang roma kita dan membersihkan kulit kita dari sebarang minyak dan kotoran, membuatkan kulit kita bersih dan segar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan

Get widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...